top of page




Pondok Hidayah II
Sejarah Penubuhan
Pondok Hidayah II ini diasaskan oleh Dato' Haji Hassan Bin Mohamood, iaitu merupakan mantan EXCO Kerajaaan Negeri Kelantan bersama dengan Ketua Jajahan Machang pada 9 Februari 1998. Beliau terpanggil untuk terlibat dalam institusi pengajian pondok kerana mahu menerapkan nilai-nilai murni dan Islam dalam jiwa ummah. Beliau kini bertugas di Istana Negeri Kelantan sebagai Pengelola Istana.
Fasa pertama pembinaan Pondok Hidayah ini telah disiapkan pada 7 April 1999 dengan penempatan pertama seramai 10 orang keluarga miskin.Fasa kedua telah disiapkan pada 1 Mei 1999 dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan pada 29hb Mei 1999.
Anggaran kos pembinaan Pondok Hidayah II ialah berjumlah sebanyak RM1.4 juta daripada EXCO, ADUN, Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Risda di bawah PPRT, Syarikat-syarikat dan orang - orang perseorangan.
![]() Fasa Pertama | ![]() Fasa Kedua |
|---|
Urusan pentadbiran dan pengurusan diserahkan kepada Ustaz Ghazali Isa, yang berpengalaman dan mempunyai ilmu yang tinggi mengenai agama dan hukum-hakam.
bottom of page

